Akhirya berjaya jugak kita update blog ni....bukan main busy btol sejak menjak ni...hehehe... kali ni kita nak update pasal percutian bersama keluarga ke KUCHING, SARAWAK pada bulan Januari 2014....hohoho sekarang baru sempat update. Actually percutian ni sangat sempoi....last minute plan tapi tetapi best lar wokkkkk.... percutian kali ni 3H2M bersama keluarga kita seramai 11 orang..ni pun sebahagian jer...sebab yang lain sibuk dengan urusan masing-masing.
check it out......
*** hehehe...posing kat flight before terbang...=)
HARI PERTAMA : penerbangan kita adalah pada pukul 7.10 pagi dengan menaiki pernerbangan AirAsia (apa lagi...tue jer la plg murah dan berbaloi2), kita tiba di Airport Kuching pada pukul 8.40pagi...perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. alhamdullilah cuaca pada pagi itu sangat baik. okay...percutian kali ni kita amik driver sebab malas nak drive sendiri...hehehe.... setibanya di airport kita disambut oleh pemandu merangkap tour guide kami semasa di kuching. pagi tu kita tak add-on makanan di flight sebab memang nak sarapan di kuching. selepas perut senang hati.kami bertolak ke PASAR SERIKIN..sempadan malaysia dan indonesia. perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 40minit...memang jauh tapi kalau tak jem..mungkin dalam 1 jam 15 minit dah sampai kot. tempat ni banyak menjual barang-barang dari indonesia...harga agak berpatutan dari pusat perlancongan di kuching. so let check apa kita beli kat situ.
BEG DOMPET MANIK RM5 sahaja ( kalu compare kat kuching dalam RM10)
KEY CHAIN RM1 sahaja (kalu compare kat kuching dalam Rm1.50-RM2)
KOPIAH JAWA RM7 sahaja (ni inciksomi yang nak....dia suke kumpul topi pelik)
PISANG SALAI RM10 (agak sedap..harga pun oke2 jer)
TOPI SANTAI RM5 sahaja (sebab tak tahan panas....harga kuching tak check...hihi)
BUAH-BUAHAN TEMPATAN (ayah beli..dia kata memang murah gilerrrrr)
selepas shoping moping kat situ...kami balik ke bandar kuching untuk check in kat ARIVA HOTEL yang dah booking awal. Hotel ni memang kita suggest lar sebab dekat dengan RIVER CRUISE. lepas dah selesai check in bagai. malam tu kami jalan-jalan ke bandar kuching....cari makan dan nek sampan untuk keseberang nun sana untuk membeli KEK LAPIS SARAWAK... (ni benda wajib la kan...) harga sampan tu sangat murah dan tak berubah dari sepuluh tahun yang lepas. sorang dia charge 50sen sahaja, so malam tu kami pon sakan lar beli kek lapis sarawak tu..yang paling femes ames adalah KEK LAPIS SARAWAK MIRA (kek ni more moist ckit compare dengan dayang) dan satu lagi kedai KEK LAPIS DAYANG....2 kedai ni memang femes lar....tapi bagi kita, kita suka dayang lagi. tu terpulang pada masing-masing lar kan...hehehe....harga lebih kurang sama jer bagi kedua-dua kedai...so if korang pergi better pergi dua-dua kedai ni.
noted: kedai kek lapis ni ada menyediakan perhantaran kek lapis ke hotel..so tak payah la nak sebuk-sebuk angkat berkotak-kotak kek lapis nek sampan tu kan..hehehe. dan selalu dorang akan buat promosi beli 10 percuma 1 kek lapis.
*** nie orang yang paling banyak shopping kek lapis..hahaha / ni inciksomi gan abg ipar kat dalam sampan
HARI KEDUA : pagi tu selepas kita sarapan, kita dibawa berjalan-jalan disekitar kuching. aktiviti hari kedua kita adalah seperti berikut :
SINGGAH SKOLA INCIKSOMI SIR THOMAS, KUCHING (dulu inciksoi skola kat kuching sebab makmertua kena transfer mengajar)
MUZIUM SARAWAK (masuk free jer)
MUZIUM KUCHING (masuk free jugak)
PASAR SATOK aka MEDAN BIAGA SATOK (kat cnilar jual ikan terubok masin yang femes ames tu..)
MELAWAT KAWAN OPES KAK (dulu dia satu pejabat kwsp di jalan duta...skrg dh transfer di kuching....)
JALAN INDIA & SEKITAR RIVER CRUISE (shopping...tapi harga biasa2 saja)
PUSAT TEMBIKAR & PASU (harga boleh mintak kurang dan boleh tengok cara pembuatan pasu dan boleh try yer tapi kena bayar sorang RM5 kot...hukhuk)
Memang penuh aktiviti hari kedua ni...sampai lunyai lar kami semua...hahaha....selepas selesai jalan2...kami balik hotel, kami relax2 ckit sambil2 bawak anak-anak buah mandi di kolam di hotel. sesi malam kami makan di ROOFTOP SEAFOOD....tempat ni agak femes ames.. memang ramai orang....so kena pandai-pandailar cari tempat.
*** ni makanan yang kami pilih...rasa dan harga okaylar....bley try
HARI KETIGA : hari terakhir kami di kuching....kami keluar jalan-jalan disekitar kuching river cruise... kire last minute shopping lar...ada lar kami sempat beli cenderamata yang akan dibawa pulang nanti. so kita check out kul 12.00tghari dan terus dibawa ke airport sebab flight kami pun pada pukul 2pm.
see yaaaa...... =)
SINGGAH SKOLA INCIKSOMI SIR THOMAS, KUCHING (dulu inciksoi skola kat kuching sebab makmertua kena transfer mengajar)
MUZIUM SARAWAK (masuk free jer)
MUZIUM KUCHING (masuk free jugak)
PASAR SATOK aka MEDAN BIAGA SATOK (kat cnilar jual ikan terubok masin yang femes ames tu..)
MELAWAT KAWAN OPES KAK (dulu dia satu pejabat kwsp di jalan duta...skrg dh transfer di kuching....)
JALAN INDIA & SEKITAR RIVER CRUISE (shopping...tapi harga biasa2 saja)
PUSAT TEMBIKAR & PASU (harga boleh mintak kurang dan boleh tengok cara pembuatan pasu dan boleh try yer tapi kena bayar sorang RM5 kot...hukhuk)
*** ni makanan yang kami pilih...rasa dan harga okaylar....bley try
HARI KETIGA : hari terakhir kami di kuching....kami keluar jalan-jalan disekitar kuching river cruise... kire last minute shopping lar...ada lar kami sempat beli cenderamata yang akan dibawa pulang nanti. so kita check out kul 12.00tghari dan terus dibawa ke airport sebab flight kami pun pada pukul 2pm.
see yaaaa...... =)
No comments:
Post a Comment