Wednesday 16 January 2013

Doa Ketika Memulakan Kerja

Assalammualaikum.......alhamdulilah pagi ni kte dapat memulakan hari yang baru dengan ceria dan sihat...alhamdulilah....arini masuk opes awal ckit......hehehe...so layan jap blog nie......so sebelum kte memulakan kerja dengan ati yg ikhlas...moh kte same2 bace doa ketika memulakan kerja same2...agar ari ini kte dapat memulakan kerja dengan ati yang ikhlas dan tenang...diharap apa jua kebaikan perkerjaan ini akan dapat kte sama2 terima...amin......



Meh bace sedikit info agar ia menjadi pegangan dalam perkerjaan kte semua.....=)


Setiap sesuatu pekerjaan itu boleh menjadi satu ibadah sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut:

1. Pekerjaan itu dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Setiap sesuatu pekerjaan itu mestilah dimulakan dengan niat.

2. Tidak menjalankan pekerjaan yang tidak dihalalkan oleh Allah s.w.t seperti menjual arak, kedai judi, tempat pelacuran, menjual vcd lucah dan sebagainya.

3. Tidak melakukan perkara-perkara maksiat semasa bekerja seperti tidak menutup aurat, berdua-duaan dengan bukan mahram dan lain-lain lagi.

4. Tidak meninggalkan perkara-perkara yang telah difardhukan oleh Allah s.w.t seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.

5. Mestilah melakukan pekerjaan itu dengan tekun dan bersungguh-sungguh sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, maka ia lakukannya dengan bersungguh-sungguh.


semoga ia dapat memberi manfaatkan kepada kte semua....see yaaa....=)

No comments:

Post a Comment