Friday 2 May 2014

RAHSIA KOPITIAM, BANGI

Semalam lepas balik kerja....tetiba teringin nak makan kacang pool, so carilar kat tenet...kat mana ada jual kacang pool...ada 2 tempat yang jual kacang pool, satu di damansara dan satu lagi kat bangi.... if kalau tak silap yang kat damansara tu kacang pool haji yang femes hemes kat bomba larkin, johor. tapi memandangkan rumah dekat sg besi..so kita try yang dekat bangi, iaitu RAHSIA KOPITIAM dekat seksyen 15....sebaris dengan burger byte....huhuhu...

Ni first time pergi RAHSIA KOPITIAM ni, makanan yang dihidangkan kebanyakan makanan negeri johor. tapi kalau nak macam nasi goreng kampung ker...mee goreng ker...still ada jugak. so jom tengok menu yang sempat kita snap....



harga makanan disini stardart lar..takde la murah sangat dan takde la mahal sangat..so boleh lar try kalau rasa nak makan makanan orang johor. so malam tu kita order kacang pool bersama roti arab dan mee rebus majidee berserta air lai chee kang special katenyer...



*** ni diantara menu yang kita pilih...=)

Rasa makanan ini semua boleh dikatakan sedap...kacang pool cicah dengan roti arab memang sedap...tapi kita rase yang kat johor tu lagi sedap kot...hehehe... untuk mee rebus majidee tu kita tak berapa gemar sangat...coz ni pun first time kita rasa mee rebus majidee....rasa agak kurang menepati tekak kita. tapi air lai chee kang memang sedap...cukup rasenya.

review :

makanan : 2.5 / 5
harga : 2.5 / 5
suasana : 3 / 5
layanan : 3 /5

so kalau jalan-jalan kat area bangi tu boleh lar singgah makan makanan orang johor di RAHSIA KOPITIAM.

chowwww~~

No comments:

Post a Comment