Sunday 4 May 2014

OMAR POPIAH, TAIPING

Pagi tadi inciksomi bagitahu yang hujung bulan ni inciksomi dah bagitahu nak balik kampung, ada kenduri kawen....
lagipun dah lama tak balik kampung. lepas inciksomi bagitahu tetiba terus keluar list nak makan apa masa balik taiping tu...hahaha....kat taiping memang macam-macam makanan yang sedap-sedap dapat dinikmati... so salah satunya adalah popiah basah.... iaitu OMAR POPIAH, TAIPING.

lokasi gerai popiah ni tidak begitu susah nak cari, gerai ni betul-betul berada di dalam pasar taiping tu...dan gerai tu paling hujung sekali, dekat dengan gerai kow teow kombet lar. apa yag special popiah ni, ia  adalah resepi turun menurun dari keluarga mereka dan harganya agak murah berbanding di kl kan.


Haaaa...ni lar gerai OMAR POPIAH TAIPING... kalau nak tahu mana satu gerainya, tengok yang ramai orang sedang beratur tu lar gerainya...masa kita datang tu pun ramai orang. kebetulan masa hari tu gerai ni keluar kat TV3 dalam rancangan SARAPAN PAGI....so memang bertambah ramai lar yang datang. so tunggu jer la kalau nak kan....

*** kite pon tengah menunggu giliran untuk popiah....peace...

kat pasar ni macam-macam makanan di jual, datang sini lepak sat...sambil-sambil borak-borak kosong...pastu fikir nak makan apa lagi..hehehe.


jeng-jeng..inilar dia popiah basah omar taiping yang kita makan pagi tu...ni sikit jer sebab kita ada tapau lagi tuk orang kat rumah tu..hehehe... sambil layan teh tarik..pehhh... memang sedap dan harga hanya 60sen sahaja.

review :

makanan : 3.5 / 5
harga : 4 / 5
layanan : 3 / 5
suasana : 3 / 5

so kalau nak ke taiping, jom singgah jap kat OMAR POPIAH TAIPING.....=)



1 comment:

  1. Maaf.malas nak baca sebab font kalwr hijau ..x menarik langsung..sukar nak baca..baik blogger tukar warna hitan..fancy x perlu..jalan citer aje mahu

    ReplyDelete