Doa Murah Rezeki
Assalammualaikum semua......alhamdulilah bertemu lagi Jumaat yang indah dan barakah. Hari ini kita nak share sikit doa yang boleh diamalkan oleh kita bersama dalam menjalani kehidupan seharian kita. dengan amalkan doa ini mudah-mudahan rezeki kita sentiasa murah dan mencukupi dan diberkati selalu oleh NYA :-
Doa Murah Rezeki

Surahasy-syuara - 42:19
Maksudnya: "Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihNya) kepada hamba-hambaNya; ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan dia lah yang maha kuat, lagi maha kuasa."
Doa Supaya dicukupkan keperluan

Surah at-Taubah - 9:129
Maksudnya: "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
Semoga menjadi amalan kepada kita semua... =)
No comments:
Post a Comment